: Teknologi Membunuh :

Tak dinafikan dunia hari ini yg semakin maju dan canggih
Sume bnda jadi senang, tak kira dari aspek mana pon
So kite pon skrg lagi la senang hati yee
Baik telekomunikasi, makanan, barang rumah, ubat-ubatan.........

Fiuu.....
Tanpa kita sedari sebenarnya semuanya mnjd musuh kita dalam diam
Pernah x kita terpikir semua ni??  Ada...tapi kekadang saje je xnk amik tau kan
Sebab keinginan dan kemudahan yg ada melebihi segala kemungkinan yg akn blaku
Dan kita rela menjadi hamba kpd teknologi ini
Yang pada satu masa kita sndiri yg akn menyesalinya

Antara teknologi membunuh ini ialah :

Telekomunikasi = hs makin canggih gelombang makin bahaya mybbkan kanser, lptop, ipad etc, mata rosak dok hadap screen aje


Makanan          = makanan segera yg bermacam2(kfc,mcD,pizza,brger king,dunkin donut etc), mknn dlm tin,mee megi segera, nugget, sosej, meetball, fishball...(sume bahan awet)

Minuman          = sume 3 in 1, minuman dlm tin, jus dlm kotak

Brg umah          = CFC kt acond n peti ais, microwave, bekas2 plastik n tupperware, segala hitter yg dok panas air 24h tuu, waterfilter,

Kosmetik          = mcam2 brg kosmetik atau pnjagaan diri baek tuk lelaki o perempuan  (syampoo,facialwash,losyen), brg pnjagaan wanita, ubt kumur konon nk cegah bacteria

Ubat                 = mcm2 pil, vitamin n heath care berbentuk pil n minuman, terapi kt clinic (ubat yg            doc bg pon ada kesan smpingan).  

Semua perkara di atas akn melibatkan bahan kimia. Benda ni dlu2 xde pon kan. Ada nenek moyang kita dpt penyakit mcm2 cam skrg nii? Tak ada kan..Huhu...

Yela, dlu masak dapur kayu. Pijak lantaii kayu ada ubt terapi tersndiri. Umah kite skrg dgn siling kapur, xtau debu ke pe ke nt yg sampai satu masa akn terurai gak. Lantai, cat dinding mcm2 jenis tahan kotor la pe la...Huhuhu.......

Makanan sume berasaskan pucuk kayu je. xde nk makanan segera ada perisa sana sini. Santan ori je. Ni santak kotak la, debu la..Hmmm....Fikir-fikir kan..Klu nk cite memg xabis..

Sesapa yg nk tmbh lg sila2 la ye...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SOALAN CEPUCEMAS VS SOALAN BOCOR

Assalam sahabat2 yg dirahmati..
Dengan nama Allah....
Lama rasa xupdate blog padahal jap bape hari je..huhu..
Hmm..arini cuti kt Johor ni sb2 la ada masa skt..
Alhamdulillah..leh rehat2 recharge mana patut

Hmmm...ttb ma kol suh balik kg,adik beradik sume balik nk kumpul.
Kebetulan ada kenduri kawen kazen..
Tang balik kg dah hepi smcm dah
Tp tang ni yg lemah..Nt ada la soklan cepu cemas eiei dapat nt..hukhuk
Tapi xpe, dah dapat skema jawapan tuk soklan ni
Hasil jejln kt blog kekawan sahabat yg dirahmati tadi..
Eiei share gak la kt cni




Skema jawapan kpd soalan cepucemas ( BILA NAK KAWEN?)

# KENAPA LAMBAT ?
   > Kerana Allah tahu masa yang terbaik utkku

# DAH BERPUNYA ?
   > Ya, kerana setiap org tlh ditetapkan jodohnya

# SIAPA ? ORG MANA ?
   > Nanti Allah perkenalkan kpd ku

# BILA ?
   > Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti

P/ S :: Jangan slu tanya bila org tu nak kawen kerana semua RAHSIA itu terletak DI TANGAN ALLAH. Sampai masa Allah akn membongkarkannya.
InsyaAllah...Biiznillah....


So, ni dah kes soalan bocor..bukan lagi soalan cepucemas..(*_*)^ peaceee~~~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kembali pada Mu

Kembali...
Saat ini ku rasakan
Sayu...
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
Hanya Engkau yg Maha Mengetahui kesudahn yg terbaik utkku

Tika dulunya pernah ku dibiarkan
Hanyut...Jauh..
Jauh dari mengingati dan mengagungi Mu
Tatkala diri merasakan
Sesuatu perubahan harus dilakukan
Sesungguhnya tiada siapa bisa menghalang apa yg dikhendakiNya




Tika nurNya menjengahkan diri
Melalui lorong2 cahaya yg dipancarkan
Segala yang kelam kembali cerah
Segala yg tersimpul kembali terlerai
Dengan Keesaan Mu

Alhamdulillah...
Dengan rahmatMu....
Aku telah dikembalikan
Berusaha dengan sedaya mungkin
Mencari...Mengamati...Mengamali

Maha Suci Mu Ya Rabb
Sungguh indah nukilan pentas kehidupan ini
Engkau menyediakan pengajaran
Di universiti kehidupan ini
Yang penuh ujian pancaroba

Menyedari hakikat ciptaanMu ini
Diri semakin gigih mencari
Ingin ku gapai segulung keredhaan kurniaan Mu
Dengan rahmat dan keberkatanMu
Ku mohon kekuatan dan ketabahan
Menghadapi segala ujianMu Ya Rabb..

Kepada Mu ak kembali
Cukuplah Engkau bagiku
Tiada Tuhan selain Mu
Hanya keredhaan dan keberkatanMu 
ku damba..









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Ternoda, Kembali Suci..

Hati ini sering meronta
Tercari-cari erti cinta
Ku serahkan segala pada Pencipta
Hanya Dia penenang jiwa

Tak mampu kudustai rasa ini
Ingin dicintai dimiliki disayangi
Fitrah semulajadi setiap insani
Sehingga melupai cinta Ilahi

Aduhai hati...
Beratnya menanggung perasaan cinta
Ketika rasa ingin dimiliki bermaharajalela
Mujurlah cahaya Ilahi mendahului segala
Melenyapkan rasa duka lara

Kini ku berazam pada diri
Memperbaiki segala kekurangan diri
Tika dulunya perasaan ini pernah dicemari
Akan ku ubati ku rawati supaya kembali suci

Cintaku bukan lagi barang dagangan mainan
Akan ku tegakkan benteng pertahanan
Peraturan Ilahi menjadi pegangan
Mengawal diri, padaNya ku serahkan

Telah ku berjanji pada diri
Akan ku dirikan mahligai kasih nan suci
Walaupun kenangan cinta pernah dinodai
Tak bermakna ku hanyut dalam kemurkaan Ilahi

Telah ku kembali, bukti cintaNya
Tak membiarkan ku terus hanyut kepada yang sia-sia
Menuju kepada kehidupan dan cinta yg sebenarnya
Ku mohon padaNya cinta kepada mereka yang mencintaiNya

Akan ku hadiahkan cinta hati ini
Pada dirinya yang akan ku nikahi
Cinta suci ini akan ku simpul rapi
Terlerai nanti saat dilafaz ikatan suci


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MUSLIMAH ISLAM



Beginilah jalanmu..~

Tundukkanlah pandanganmu..
Keraskanlah suaramu..
Seriuskanlah perwatakanmu..
Tampilkan ketegasanmu..
Bila engkau di depan atau di belakang..
Atau di kiri atau di kanan lelaki..
Walau atas apa alasan sekalipun..
Ketuk keegoan mereka..
Bangkitkan mereka dari mimpi..
Jelaskan dengan amalmu..
Bahawa percampuran bukan caranya..
Bahawa keseronokan adalah palsu..
Bahawa di sini tiada kebahagiaan..
Hanya kehancuran..~



Andaikan engkau belum berkahwin..~
Ingatlah janji tuhan..
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..
Jangan menggadaikan maruahmu semata-mata..
Kerana seorang lelaki..
Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu..
Hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki..
Kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya..~

Muslimin yang baik tidak melihat paras rupa..~
Muslimin yang soleh tidak memilih wanita yang terdedah auratnya..
Muslimin yang warak tidak memilih wanita melalui keayuan dan kemanjaannya..
Serta kemampuan menggoncang iman mereka..
Tapi, muslimin yang baik menilai wanita melalui akhlaknya..~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Aidiladha

Assalam semua...
Alhamdulillah..di pagi yg mulia ini eiei ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga segala pengorbanan kita mendapat balasan pahala Dan syurga dariNya..Aminn..
Raya Haji taun ni braya diperantauan.huhu..tp syukur padaNya juga krna ada fmly di sini yg sudi mengajak eiei beraya bsama2 mereka..semalan pon masak2 buat kuah kacang n nasi himpit, potong daging n ayam tuk buat satay..ok la jugak..tp pape pon masih lg teringat kg halaman.laen suasananya.cni sunyi je taman ni ha.kt hujung2 skit nati ada korban.nk p jenguk2 pon segan plak sb xknl sape2..huhu...
Hmmm..gini la raya diperantauan.tp kita asyik dk bcrta suasan hari raya. Tapi kita lupa satu perkara. Apa makna sebenar "hari raya korban".Apakah pengertian sebenar "pengorbanan"..?? Allahuakbar...jika diingat dan dihitung kembali, brp byk pengorbanan yg tlh kita lakukan??..Persoalannya..ada ke? Huhu...
Ini pendapat eiei aje. Eiei pn bru bljr nk menyelami erti sebenar pengorbanan ni. Paling simple adlh maybe dr segi masa..Byk perlu direnungkan..Nati eiei smbg lg..sekian dlu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 SITI YANG PATUT DIJADIKAN CONTOH

Hehe............Mentang2 la nama eiei pon ada Siti kt depan. So insyaAllah sama2 kita menjadikan mereka ni contoh dan bukan hanya sekadar tulisan semata2.....


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.



* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah 

Mahmood dlm  rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. 

Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bagaimana nk jadi cantik..

Assalam para sahabat yg sentiasa dikasihi dan dirahmati sekalian..Alhamdulillah..eiei masih bpeluang utk bkongsi cerita dan bahan bacaan utk manfaat kte bsama..

Sebenarnya eiei ditimpa musibah 2hari yg lalu. Alhamdulillah syukur xde pape yg blaku.Mungkin sedikit teguran dariNya.Dan percayalah ini adalah cara dan didikan Dia buat hambaNya di "universiti kehidupan" ini...

Di petang yg mendamaikan dgn byi kicauan burung slpas hujan,mcm biasa eiei dgn hobinya "click2" link2 yg dirasakan bfaedah utk dijadikan bhn bacaan smsa mlihat update2 terkini rakan sahabat di fb..ini adalah apa yg eiei rs sgt menarik dan ingin dikongsikan bersama..sumbernya juga trut dinyatakan...



BAGAIMANA NAK JADI CANTIK??? ikuti steps n kosmetik yg beriku......

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."


Sumber : iluvIslam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS