ADA MAKHLUK LAIN YANG MENGHUNI DALAM BADAN KITA TANPA KITA SEDARI

Moga hidup kita sentiasa diberkati dan dilindungi di bawah payung rahmatNya...


Selepas pulang dari kerja, seperti biasa Fatimah melakukan rutin hariannya mencuci pakaian dan membersihkan diri. Sambil berehat dan mengecas kembali tenaga yang telah seharian bekerja, Fatimah mengeluarkan laptopnya untuk mengisi masa rehatnya. Sambil mengendap laman sosial 'facebook'nya, terlihat satu link blog yang sangat menarik perhatiannya. 

"Ujian mengesan jin dalam badan anda?" Gumam Fatimah dalam hati. Sebenarnya dah lama dia mengetahui akan hal ini tapi sengaja tidak diendahkan kerana terlalu yakin akan dirinya yang bebas dari makhluk tersebut. Tetapi kenapa tiba-tiba malam itu tergerak hati untuk menguji dirinya. Ayat Ruqyah yang diberi untuk didengar untuk mengesan jin dalam badan manusia telah lama di muat turun dari internet. Pada asalnya untuk diberi kepada anak buahnya yang dipercayai diganggu oleh makhluk Tuhan yang satu ini. 

"Aku rasa aku dah download ayat ni kt 4share.com aritu. Harap-harap ada la. Nak dengar yang diletakkan kat blog ni kekadang putus-putus." Bisik hati Fatimah sendirian. "Maklumla, line broadband ni camni la. Lembab cam siput. Dah la siput, mata buta, jalan terbalik pulak. Aduyaiiii.." Ngomel Fatimah lagi sambil tergelak kecil. 

Tanpa membuang masa, terus dirinya menjadi bahan ujikaji pada malam tersebut. Sebenarnya, yang menguatkan lagi dirinya untuk mencuba ujian tersebut kerana melihat kepada simptom awal gangguan jin yang ada pada dirinya. Apabila membaca simptom yang disenaraikan, terdapat 50% ada pada dirinya. Fatimah agak terkejut pada mulanya. Fikirnya, tak salah kalau mencuba. Walaupun ada sedikit gentar dan takut, semangatnya mengatasi segalanya.

Bacaan ayat Ruqyah dimulai dengan surah al-Fatihah dan awalan surah al-Baqarah. Ketika ayat ke-3 surah tersebut, lebih kurang 3 minit berlalu, terasa ada benda bergerak sepintas lalu di bawah kulit sebelah kiri betis Fatimah. Itu adalah salah satu tanda jika terdapat makhluk yang menghuni badan seseorang. Fatimah masih sabar dan meneruskan ujian ke atas dirinya. 20 minit berlalu, terasa ada pergerakan di bawah kulit bahagian tangan kiri dan kanan nya. Kerana terasa seram dan sedikit takut, dia terus membuka mata dan  menghentikan ujian tersebut. Mengikut masa penuh ayat Ruqyah tersebut adalah dalam 33 minit.

Buat seketika, Fatimah terasa mual seperti hendak muntah dan sendawa beberapa kali. Kesan ini juga ada adalah salah satu simptom kepada tanda-tanda badan seseorang telah dihuni oleh makhluk lain. Kepala pula terasa berat. Dia terus beristighfar dan menenangkan fikiran. "Biar betul aku ni. Semua tanda-tanda ni ada dalam senarai ni. Aduh!" Ngomel Fatimah sendirian. "Ish, bukan ni. Kot psikologi  je ni. Dah tau apa tanda-tandanya, tetiba dapat rasa semua. Tak mungkin......." Fatimah masih belum dapat menerima kenyataan yang tanda-tanda pada dirinya sebentar tadi.

Kembali semula ke laman sosial 'facebook' nya, Fatimah cuba untuk menenangkan fikiran. Sebelum itu, dia telah pon mengambil wudhuk untuk melegakan rasa tidak selesa nya dan untuk menguatkan semangat. Melihat seorang sahabat baiknya, Sakinah berada di ruangan sembang Fatimah terus menegur. Tujuan adalah untuk menghilangkan kegusaran di hati. Dia mengambil kesempatan tersebut berkongsi rasa tadi dengan sahabatnya tersebut. Sakinah, seorang gadis yang sangat ramah dan mengambil berat akan sahabat-sahabatnya terus menyarankan supaya Fatimah pergi untuk berubat.

"Pergi la kak, cari tempat yang boleh berubat. Tak salah kalau kita berubat. Jangan ikutkan hati yang tak percaya tu." Kata Sakinah ada benarnya. Tetapi Fatimah masih lagi dalam keadaan yang tidak percaya. Mana mungkin. Selama ini dia tidak pernah diganggu atau merasa pelik atau sebagainya yang berkaitan dengan makhluk ini. Bukan dia tidak percaya akan semua ini, tapi hati kecilnya tetap mengatakan ini semua psikologi dan kekadang ia hanya halusinasi semata-mata.

Fatimah keluar dari bilik menuju ke dapur dan sempat menegur rakan serumahnya Balkis yang berada di bilik sebelah kerana pintu biliknya terbuka. Sempat bercerita akan perkara yang baru dilaluinya sebentar tadi. Agak terkejut Fatimah kerana Balkis juga mengalami situasi yang sama. "Aku dah lama buat ujian tersebut sendiri menggunakan air bacaan Yasin dan mandi dengan air limau. Ada juga tanda-tanda tersebut." Jelas Balkis. "Selepas aku bertanya kepada seorang ustaz tu. Dia pun tak pasti dan suruh aku pergi berubat kepada yang lebih pakar dalam bidang ni." Katanya lagi. Fatimah terkesima untuk seketika.

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang


Memang tidak dapat dinafikan, makhluk ini wujud dalam caranya tersendiri. Walau bagaimanapun, ia tetap makhluk ciptaan Tuhan dan hanya kepadaNya juga kita memohon perlindungan. Sentiasalah mohon padaNya jauh dari segala bencana dan bahaya dan jauh dari godaan jin dan syaitan.

Wallahua'lam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: