..JANGAN DICARIK HATI ANDA DENGAN TANGAN ANDA SNDIRI..

Assalamualaikum....sahabat2 rakan blogger yg sentiasa dirahmati dan diberkati...

TIADA ADA TUHAN SELAIN ENGKAU, MAHA SUCI ENGKAU, SESUNGGUHNYA AKU ADALAH TERMASUK ORG YANG ZALIM..

Rakan sahabat sekalian dan buat diriku juga.....

Jauhi lah apa sahaja yang boleh membunuh waktu anda. Antaranya ialah membaca majalah-majalah hiburan, melihat gambar-gambar lucah, buku-buku brisi propaganda dan kekufuran, kisah-kisah yang merendahkan moral, dan menonton filem2 atau drama yang boleh menyimpang pemikiran dan akhlak anda.

Manfaatkan lah masa anda dengan membaca majalah-majalah berunsur keagamaan dan keislaman, buku-buku yang bermanfaat, buletin-buletin yang membangunkan akhlak, artikel-artikel yang berguna untuk anda dunia dan akhirat. 

Dewasa ini, terdapat banyak majalah-majalah dan buku-buku yang disebarkan yang banyak menyimpang dan lari dari nas islam yang sebenar. Cerita dan bahan tontonan di media massa sangat mempengaruhi anda dan terutama generasi muda hari ini. Unsur penceritaan dan bahasa-bahasa yang digunakan. Pakaian dan fesyen-fesyen terkini yang diketengahkan. Kebanyakkan berunsur barat dan jauh menyimpang dari landasan islam yang sebenar. Allahuakbar.......

Bahan tontonan dan bacaan yang dipilih oleh anda sendiri. Maka ia terletak ditangan anda. Mahu menrobek hati anda ke arah kehancuran atau mengisi jiwa anda dengan sunnatullah yang menjamin kebahagiaan anda duni akhirat. Maha Suci Mu Ya Allah....

Semua ini merupakan pengaruh budaya sesat dari dunia mereka bukan islam dan barat yang melanda sebahagian besar negara-negara Islam. Telah berjanji dikalangan syaitan dan jin untuk menyesatkan anak-anak Adam. Maka, projek mereka dalam proses dan berkembang dengan jayanya.. Nauzubillah..

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah swt disisinya terdapat kunci perbendaharaan yang ghaib yang mana hanya Dia yang dapat melenyapkan kesusahan dan kesulitan. Oleh itu, mohonlah padaNya dengan permintaan yang mendesak dan beulang-ulang. Maha Suci Engkau Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan dunia seisinya.

Ya Allah
Aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan
Aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan
Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kikir
Aku berlindung kepadaMu dari terbelit oleh hutang dan tertindas oleh orang lain

Ya Haiyyu Ya Qayyum
Dengan rahmatMu ku mohon pertolongan
Engkau baikilah urusan ku semua sekali
Jangan sesekali Engkau serahkan urusanku kepada ku
Walau sekelip mata
Amin Ya Rabbb........


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

JuE said...

salam..dear...alfu syukr ngan entry ni..pengisian yg sgt2 bermakna kak..mengajak hati ke arah mahmudah..hati ni terbelai n terkesan bile semua ni djadikan sbg juadah n mknn tuk prmulaan arini..jazakillah khairan jaza'...

:. e!NaRieNa .: said...

wslm...tq dear..jazakillah khairan jaza'...=)