Dengan nama Allah....
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumiNya ini..Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Baginda SAW...
Sudah lama tidakku menjengah ruangan ku ini..Malam ini akhirnya dapatku berkunjung ke sini dan membersihkan mana-mana habuk dan sesawang yg bersirat kat sini..haha
InyaaAllah banyak cerita-cerita yang akan ku kongsikan buat tatapan rakan-rakan dan blogger di luar sana. Sudilah kiranya tuan hamba menjengan ke teratak hamba yg serba kekurangan ini..
Malam ni saje-saje dlu nk amik mood menulis semula..huhu..Sehingga kita bertemu lagi di n3 yg seterusnya..
Adiosss Amigoss.....
Berabuk & Bersawang
Read User's Comments(0)
MISS MY BABY BOO.=( --> Binatang kesayangan Baginda SAW <--
My luvly pet...Baby Boo..Miss him so much..
Kucing adalah binatang kesayangan baginda SAW
Jadi kalau kita sayang binatang kesayangannya itu, baginda pon sayang kita
InsyaAllah..
Tapi memang baginda sangat sayang dan cinta akan umatnya
Melebihi cintanya kepada keluarganya sendiri
Buktinya??
Di saat akhir hayatnya, mulutnya tidak berhenti menyebut
"Ummati, ummati, ummati"
'Umatku,umatku, umatku'
Allahuakbar..! Selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW
Jadi, di mana cinta kita sekarang ini
Adakah hanya sekadar sisa-sisa sahaja untuk Baginda??
Atau, langsung dilupakan pengorbanan besar Baginda untuk kita umat akhir zaman..
Astaghfirullah..
Aku berlindung Ya Allah dari segala perbuatan yang merugikan diriku sendiri dan yang membuatkan aku lupa akan kebesaranMu ini
AnugerahMu sangat tak ternilai dengan kami menjadi umat Nabi Muhammad SAW, RasulMu yang Agung
Sayang kucing pon dapat pahala tau..
Hmm, sedikit perkongsian la
Sebab ada sesetengah tu tak suka kucing
Kalau tak suka pon tak pe la
Tapi jangan sampai disepak terajang si comel ni
huhu...sedey..=(
hehe...minggu ni i balik dah..nt kite jumpe yee
jangan nakal sangat..cian ma kt umah dok melayan
Baby Boo..=)
c u soon.....
TERIMA KASIH RAKAN BLOGGER SEKALIAN..
Alhamdulillah........syukur dengan segala nikmat dan kurniaanNya..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Pada petang yang sunguh mendamaikan ini, tiba-tiba terasa ingin menulis entry ni..Ini yang bermain di fikiran saya. Dengan kicauan burung yang berterbangan bebas di udara selepas hujan, suasana redup mendamaikan hati.
Terima kasih kepada rakan blogger dan sahabat-sahabat yang mengikuti penulisan saya yang tidak seberapa ini. Saya masih lagi dalam proses belajar. Alhamdulillah dengan semangat dan sokongan rakan-rakan menaikkan semangat saya untuk terus menulis dan berkongsi segala rasa di ruangan ini.
Entri saya adalah bebas dan mengikut apa yang saya rasa saya ingin kongsikan mengikut situasi dan keadaan yang dialami semasa. Alhamdulillah, sedikit sebanyak boleh dikongsikan bersama. Segala karya dan penulisan adalah untuk peringatan diri saya sendiri dan juga untuk sahabat-sahabat di luar sana.
" Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada dakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan "
- Hassan Al-Basri -
Kata-kata Hassan Al-Basri di atas sangat bermakna dan ia juga adalah apa yang ingin saya katakan di sini. Tidak bermakna apa yang diposkan di entri ini adalah peribadi sebenar si penulis. Dan tidak bermakna dia adalah seorang yang sangat alim dan bagus. Segalanya adalah hasil pembacaan dan rasa ingin dikongsikan dan bersama-sama kita meghayati dan mengamalkan.
Setiap saat dan waktu adalah sangat berharga dan jadikanlah ia detik-detik yang berfaedah untuk kehidupan kita menuju ke arah pusat yang SATU. Semoga kehidupan kita tidak disia-siakan dengan perkara yang merugikan.
Allah telah berfirman dalam surah as-Syams yang bererti :-
" Telah diilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan. Beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya.."
Subhanallah....siapakah oyang termasuk dalam golongan yang beruntung, dan siapakah yang ingin berada di dalam kerugian. Ia terletak di tangan kita. Soalan berkaitan kelayakan ke syurga Firdaus Nya telah pon bocor. Adakah kita menggunakan sepenuhnya skema jawapan yang telah diberikan ini?
Wallahu'alam..
SIAPAKAH KEKASIH YANG TERCINTA ITU
Dengan nama Allah.......Peringatan kepada diriku dan sahabat2 sekalian.........
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda SAW...
Apakh kita telah melihat diri sendiri dan bertanya "Sejauh manakah aku mencintai Rasulullah SAW?" Apakah kita menyedari bahawa bukti cinta tersebut adalah dengan melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Baginda dan meninggalkan apa yang dilarangnya?
Perhatikan kembali perasaan kita dan cuba turuti arah cinta yang sebenar. Yang pertamanya ditujukan kepada Allah SWT dan kemudian kepada orang yang telah menyelamatkan kita dari kesesatan (Nabi SAW). Tanamlah dalam ingatan kita, bila kita menginginkan kedudukan yang tinggi di dalam syurga ;
- suatu hadis dari Rasulullah SAW :
"Seseorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya"
Di antara bukti atau yanda pertama yang menunjukkan seseorang itu sangat cinta kepada Baginda SAW adalah melakukan dan melaksanakan sunnahnya dengan baik. Jadi bagaimana seseorang itu mengakui dan menganggap dirinya mencintai Rasulullah SAW sedangkan segala perintahnya ditinggalkan dan amalan sunnahnya tidak diendahkan tambahan lagi tidak pula mentaati petunjuk yang dibawanya.
Ketika singgah di kedai-kedai buku, cari lah buku berkaitan Baginda. Bacalah dan hayati lah peribadinya, cara hidup dan tatasusilanya. Kenali keluarganya, dan sahabat2nya. InsyaAllah, rasa kagum dan bangga akn mula terbit dihati sanubari kita. Dan tanpa kita sedari, rasa cinta itu akan mula terbit dari hati yang paling dalam.
Bukan kah kalau kita meminati seseorang atau cinta pada seseorang, kita akan mula mencari segala hal berkenaan dirinya? Kita akn selidiki kehidupan sehariannya, apa yang dia suka dan tak suka? Selalu merinduinya?
Jadi, ayuhlah para sahabat, kita cuba arahkan cinta sebenar dan suci ini ke arah Baginda, insan yang benar-benar layak untuk dicintai dan pada masa yang sama kita akan mendapat kebaikkan dan syafaat darinya. Bukankah itu tujuan sebenar kehidupan kita sebagai umatnya dan hambaNya.? Ini adalah perintah dari yang Maha Agung.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW...

~~ menuju ke arah MARDHATILLAH ~~
DOA ISTIKHARAH
Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon petunjuk
kepadaMu dengan ilmuMu
Memohon ketetapan dengan kekuasaanMu
Dan memohon kurniaanMu yang sangat agung
Kerana sesungguhnya Engkau berkuasa
Dan aku tidak berkuasa sama sekali
Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui
Dan Engkau mengetahui segala hal yang ghaib
Ya Allah,
Jika engkau mengetahui bahawa
Urusan ini (sebutkan urusan tersebut)
Lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku
Maka tetapkanlah bagiku dan mudahkanlah ia untukku
Kemuadia berikanlah berkah kepadaku dalam menjalankannya
Ya Allah,
Jika Enkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku
Dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku
Maka jauhkanlah urusan itu dariku
Dan jauhkanlah aku daripadanya
Serta tetapkanlah yang baik itu bagiku
Di mana pun kebaikan itu berada
Kemudian jadikanlah aku orang yang redha
Dengan ketetapan tersebut
Ya Allah,
Hanya padaMu aku serahkan segala
BUAT BAKAL SUAMIKU
Assalamualaikum...........
Ini lah caraku merinduimu
Ini lah caraku merinduimu
Merindui dalam diam
Bersama alunan ayat suci yang mendamaikan
Terus akur dengan ketentuan Tuhan
Menjaga hati dan perasaan ini
Hanya untukmu yang selayaknya..
Rahmat dan redhaNya yang utama
Jika namamu tertulis di loh mahfuz untuk diriku
Nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita
Tugasku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku
Wahai seseorang yang tertulis di loh mahfuzku
Imamku, dan ayah untuk anak2ku
Engkau yang akan mengiringi perjalananku nanti
Aku percaya engkau sedang memperbaiki dirimu
Memantaskan dirimu untuk menjadi imam
Buat tulang rusukmu dan buah hatimu kelak
Agar mahligai yang dibina
Tumbuh dengan kalungan redha Ilahi
Nakhoda yang memandu bahteraku nanti
Telah mempersiapkan bekalan perjalanannya
Menuju arah yang satu
Mardhatillah......
Agar mahligai yang dibina
Tumbuh dengan kalungan redha Ilahi
Nakhoda yang memandu bahteraku nanti
Telah mempersiapkan bekalan perjalanannya
Menuju arah yang satu
Mardhatillah......
ADA MAKHLUK LAIN YANG MENGHUNI DALAM BADAN KITA TANPA KITA SEDARI
Moga hidup kita sentiasa diberkati dan dilindungi di bawah payung rahmatNya...
Selepas pulang dari kerja, seperti biasa Fatimah melakukan rutin hariannya mencuci pakaian dan membersihkan diri. Sambil berehat dan mengecas kembali tenaga yang telah seharian bekerja, Fatimah mengeluarkan laptopnya untuk mengisi masa rehatnya. Sambil mengendap laman sosial 'facebook'nya, terlihat satu link blog yang sangat menarik perhatiannya.
"Ujian mengesan jin dalam badan anda?" Gumam Fatimah dalam hati. Sebenarnya dah lama dia mengetahui akan hal ini tapi sengaja tidak diendahkan kerana terlalu yakin akan dirinya yang bebas dari makhluk tersebut. Tetapi kenapa tiba-tiba malam itu tergerak hati untuk menguji dirinya. Ayat Ruqyah yang diberi untuk didengar untuk mengesan jin dalam badan manusia telah lama di muat turun dari internet. Pada asalnya untuk diberi kepada anak buahnya yang dipercayai diganggu oleh makhluk Tuhan yang satu ini.
"Aku rasa aku dah download ayat ni kt 4share.com aritu. Harap-harap ada la. Nak dengar yang diletakkan kat blog ni kekadang putus-putus." Bisik hati Fatimah sendirian. "Maklumla, line broadband ni camni la. Lembab cam siput. Dah la siput, mata buta, jalan terbalik pulak. Aduyaiiii.." Ngomel Fatimah lagi sambil tergelak kecil.
Tanpa membuang masa, terus dirinya menjadi bahan ujikaji pada malam tersebut. Sebenarnya, yang menguatkan lagi dirinya untuk mencuba ujian tersebut kerana melihat kepada simptom awal gangguan jin yang ada pada dirinya. Apabila membaca simptom yang disenaraikan, terdapat 50% ada pada dirinya. Fatimah agak terkejut pada mulanya. Fikirnya, tak salah kalau mencuba. Walaupun ada sedikit gentar dan takut, semangatnya mengatasi segalanya.
Bacaan ayat Ruqyah dimulai dengan surah al-Fatihah dan awalan surah al-Baqarah. Ketika ayat ke-3 surah tersebut, lebih kurang 3 minit berlalu, terasa ada benda bergerak sepintas lalu di bawah kulit sebelah kiri betis Fatimah. Itu adalah salah satu tanda jika terdapat makhluk yang menghuni badan seseorang. Fatimah masih sabar dan meneruskan ujian ke atas dirinya. 20 minit berlalu, terasa ada pergerakan di bawah kulit bahagian tangan kiri dan kanan nya. Kerana terasa seram dan sedikit takut, dia terus membuka mata dan menghentikan ujian tersebut. Mengikut masa penuh ayat Ruqyah tersebut adalah dalam 33 minit.
Buat seketika, Fatimah terasa mual seperti hendak muntah dan sendawa beberapa kali. Kesan ini juga ada adalah salah satu simptom kepada tanda-tanda badan seseorang telah dihuni oleh makhluk lain. Kepala pula terasa berat. Dia terus beristighfar dan menenangkan fikiran. "Biar betul aku ni. Semua tanda-tanda ni ada dalam senarai ni. Aduh!" Ngomel Fatimah sendirian. "Ish, bukan ni. Kot psikologi je ni. Dah tau apa tanda-tandanya, tetiba dapat rasa semua. Tak mungkin......." Fatimah masih belum dapat menerima kenyataan yang tanda-tanda pada dirinya sebentar tadi.
Kembali semula ke laman sosial 'facebook' nya, Fatimah cuba untuk menenangkan fikiran. Sebelum itu, dia telah pon mengambil wudhuk untuk melegakan rasa tidak selesa nya dan untuk menguatkan semangat. Melihat seorang sahabat baiknya, Sakinah berada di ruangan sembang Fatimah terus menegur. Tujuan adalah untuk menghilangkan kegusaran di hati. Dia mengambil kesempatan tersebut berkongsi rasa tadi dengan sahabatnya tersebut. Sakinah, seorang gadis yang sangat ramah dan mengambil berat akan sahabat-sahabatnya terus menyarankan supaya Fatimah pergi untuk berubat.
"Pergi la kak, cari tempat yang boleh berubat. Tak salah kalau kita berubat. Jangan ikutkan hati yang tak percaya tu." Kata Sakinah ada benarnya. Tetapi Fatimah masih lagi dalam keadaan yang tidak percaya. Mana mungkin. Selama ini dia tidak pernah diganggu atau merasa pelik atau sebagainya yang berkaitan dengan makhluk ini. Bukan dia tidak percaya akan semua ini, tapi hati kecilnya tetap mengatakan ini semua psikologi dan kekadang ia hanya halusinasi semata-mata.
Fatimah keluar dari bilik menuju ke dapur dan sempat menegur rakan serumahnya Balkis yang berada di bilik sebelah kerana pintu biliknya terbuka. Sempat bercerita akan perkara yang baru dilaluinya sebentar tadi. Agak terkejut Fatimah kerana Balkis juga mengalami situasi yang sama. "Aku dah lama buat ujian tersebut sendiri menggunakan air bacaan Yasin dan mandi dengan air limau. Ada juga tanda-tanda tersebut." Jelas Balkis. "Selepas aku bertanya kepada seorang ustaz tu. Dia pun tak pasti dan suruh aku pergi berubat kepada yang lebih pakar dalam bidang ni." Katanya lagi. Fatimah terkesima untuk seketika.
Memang tidak dapat dinafikan, makhluk ini wujud dalam caranya tersendiri. Walau bagaimanapun, ia tetap makhluk ciptaan Tuhan dan hanya kepadaNya juga kita memohon perlindungan. Sentiasalah mohon padaNya jauh dari segala bencana dan bahaya dan jauh dari godaan jin dan syaitan.
Wallahua'lam...

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang
Memang tidak dapat dinafikan, makhluk ini wujud dalam caranya tersendiri. Walau bagaimanapun, ia tetap makhluk ciptaan Tuhan dan hanya kepadaNya juga kita memohon perlindungan. Sentiasalah mohon padaNya jauh dari segala bencana dan bahaya dan jauh dari godaan jin dan syaitan.
Wallahua'lam...
Subscribe to:
Posts (Atom)