Assalam teman2 yg dirahmati Allah..
Alhamdulillah masih lg diberi ksmpatn tuk mnikmati keindahn alam ciptaanNya...syukur ya Allah..
Rindu sgt nk update entry ni.ni bru bkesempatan.maklumla blk kg..xde ms nk ngadap lappy.ni pon kt wrkshop.tgh tgu service. Maklumla esk nk jln jauh.dats y entry arini tajuknya "ku menunggu"..
Hihi..byk perkara bfaedah dpt kte buat smsa mnunggu ni..n dlm idup kte xsah klu xde menunggu.dlm sari mst ada aje kena tgu pape je..kan kan kan....=)
hmmm...klu dh menunggu plak mst Ada istilah "penat" @ "sengsara"..adoiii..lmbtnyeee nk balik...lambatnyeee nk rehat...lambatnyeee nk kawennn!!haha..eh3...sensitif skit bab ni..hoho..
Apa yg nk disampaikan kt cni, jgn cpt melatah.xpayah risau,insyaAllah ada hikmah disebalik penantian ni sume.hanya berserah n tawakal padaNya..n eiei suka bpesan sentiasa bsangka baik pdNya..Dia xkan mnzalimi hamba2Nya..tp kite yg mnzalimi diri sndri..wallahua'lam..
Ku Menunggu...
Bersyukurlah...
Dengan nama Allah....Semoga kita sentiasa di bawah lindungan rahmatNya..
5 Minit Aje..!
Dengan nama Allah.........
The Most Beautiful Asmaul Husna
Pergilah Segala Kesedihan..Aku kini BAHAGIA..
Alhamdulillah..Segala pujian hanya padaMu ya Rabb...
LELAKI COOL..
Selamat Pagi..
Dengan nama Allah...Alhamdulillah, syukur pd Allah krn bgn pagi ni dgn sihat ceria. Sehari lg Allah bg kita peluang utk terus bermujahadah dijalanNya..
Awal pg ni ak teigt kg la plak.tlg ma kt dapur buat pe yg ptt.sambil dgr bebelan Ma..2la halwa telingaku di pagi hari.pape pon ak senang. Rasanya biala dia bobe slu sb hanya itu la yg akn memperingati dan mnjd sumber inspirasi ak setiap hari. Tp ni jauh doh. Kok tepon je la Ma deh. Ina dgr skmo gpo hk Ma bobe. Wpon kekde bnda yg sama beberapa kali dia oyk tp dgr je la..Sbb hanya itu jah cara ibu melepaskan rasa rndu n syg dia pd kita. Jarang ibu-ibu diluar sana meluahkan perasaan syg mereka dgn ungkapan syg dan memeluk kita. Ada tp jarang la. Mereka yg bergelar ibu ni masing2 mpunyai keistimewaan tsdri. Kita sbg ank2 masing2 tau la cmn nk amik ati ibu2 ni..
Hmmm....cite sal ma ni mst bgenang air mata niiii...huhu..xpo la..Nk g dlu.nk masak nasi lemak.hihi..
ok daaaa...........=)
10 Pesan Untuk Wanita Solehah..
Lagi nk share kt sini..Alangkah baiknya klu kita dapat sempurnakan apa yg disampaikan oleh Baginda kepada kita ni ye..Barulah xde istilah wanita adalah bahan bakar api neraka..(Nauzubillah..) Para sahabat dan wanita diluar sana..Ayuh sama2 kita berusaha utk mengamalkan apa yg telah dipesankan oleh Baginda kepada puteri kesayanganNya Fatimah Az Zahra yg juga seorg wanita mulia penghulu seluruh wanita di dunia Rasulullah berwasiat kepada puterinya yg merupakan mutiara termahal nilainya, khususnya bagi setiap isteri/calon isteri
HARGAILAH IA..
AKU BERSYUKUR DGN SEGALA NIKMAT YG TELAH ENGKAU KURNIAAKAN..REDHAILAH DAN BERKATILAH SEGALA NIKMAT KURNIAAN MU INI..
SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAU MAHA KAYA,
MAHA PEMURAH DAN MAHA PEMBERI..
Dia Segalanya..
JOM MUHASABAH SKET
Salam ukhwah sahabat..boring pete2 ni buka nasyid..dgr lagu ni rasa insaf plop..biasa dgr gtu2 jah.ttb hari ni rasa nk feel lagu ni..Subhanallah...sama2 kita hayati liriknya..saje xnk uplod lagunya.kekdg klu kito dgr lagu gak dh tlepas nk fahami mksd sebnar lirik tu..laghaa ore kato..JOM MUHASABAH SKET...!!
# KETENANGAN YG SEBENAR #
< MY LUVLY LAPPY >
Malam ni rasa sgt2 feel nk menulis. 1st skli nk 10s to Allah. Bersyukur krn masih diberi peluang hidup sihat selesa dan bahagia sehingga hari ini. Nkmt kehidupan yg jika dibandingkan dgn mereka yg berada di bumi Palestin n Somalia..Allahuakbar..!! Dia smua yg merencanakan. Siapa kita nk mengeluh dan menyesali kejadianNya..
Lappy ak ni dh lbh 5thn kot bersamaku. Spnjg pkhdmtnnya, xpernah sekali pon dia berona...hehe..pehe dop..(buat hal). Just format dlm beberapa kali je.xsapa 10x rasanya...HEBAT kan my lappy....luv u muah muah muah...=*)
Now, sb lappy ni masih mnjlnkan prkhdmatannya, ak still leh meneruskan khdpn cm biasa2 org diluar sana buat..berakses internet xkira masa n ketika..ini lah dunia hari ini..dunia tanpa sempadan n masa..
Dunia SCREEN..bgn pagi 1st, tgk screen hp. dh2 smbil bekpes tgk screen tv tgk brta pagi, bc paper tgk screen ipad/galaxy tab, wt kje tgk screen lptop, msg mber ank bini laki mak ayh adk2 tgk screen hp..blk umah tgk buletin utama tgk screen tv lagi. nk tdo check emel kt screen lptop, ipad lagi..n last chck hp nk set alarm bgn pagi esk nye..waduh3...........
Melalut plak ak smp tlupa kisah my luvly lappy..hmmm..xde pe nk cte.cuma lappy ku ni btl2 setia n berkhdmt dgn penuh bhemah dgnku. kang nt mu pecen umo 60 gak la ye lappy ku..haha..bru la tekedek2 ak guna mu.masa2 ore dh advce habis dgn mcm2 application. ak plak still setia ng mu gak...haha...parah2...adoiii...jahat ak ye....subhanalllah..ish3...hmmm...
Pape pon mu memg da best la.xsanggup ak nk tkr lappy len...nway, GREAT JOB...haha..sengal je ak kecek ng laptop ni..haha..atoiii..huhu...hmmm..nk oyk nyooo sayeeee sgt2 ko dia..arap2 pehe la lako2 dehh...
DUGAAN LAGI...=(
Sejahtera ke atas kamu semua, semoga kita sentiasa dilindungiNya..
Rutin Mingguan...
Adeh..dah pina mato2 nie...hmm...bes gop naip kok klate ni..hihi..Baru lepas iron baju tuk smgu trs. Jimat masa n tenaga n hk peting jimat api dop???ni nk oyak, bil api umah ambo brpo nk tau bpe bule ni,nk suko pon ada..bil api 3ya, bil air 5ya..air byk skit sbb rajin basuh...hehe..api mugo xdop paka gpo 2gak.laptop n iron baju jah + caj hp..
Laguni la setiap malam isnin. Esok kje mle ni trs kuar bju tuk semgu n iron siap2..sekali hadap trussss..pas2 loni ada rutin baru plop dat is.......naip n ngarut n sharing2 pe yg ptt kt cni plopp....yeaaayyyy...
Hmmm......pina sggh dh mata ni.dah tiba masanya tuk beta undur diri dan kembali ke tempat peraduan.
Selamat lah blko2..Moga2 apa yg berlaku hari ini mnjd panduan n ikhtibar utk menempuh hari2 yg mendatang. Allahuakbar!! Abis modal doh..esok plop..k Wassalammmm..........
* GELAP DALAM LIMPAHAN CAHAYA *
“Apa maksud terlanjur?” saya menyoalnya kembali.
“Terlanjur melakukan hubungan seks haram,” balasnya terus-terang.
“Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat.”
“Apa istilah yang lebih tepat?”
“Berzina!” jawab saya pendek.
“Mereka tidak akan takut. Mereka berani. Sebab mereka beranilah mereka berzina.”
“Lagi-lagi awak gunakan istilah zina. Kasar sangat bunyinya tu.”
“Itu istilah yang tepat. Itu istilah Al Quran. Jika digunakan ada impak pada pendengarnya. Kita teringat Allah, Al Quran, iman dan Islam.”
“Saya rasa istilah terlanjur itu yang tidak tepat,” saya pula yang menerjahnya.
“Eh, kenapa? Memang mereka terlanjur. Mereka tidak tahu akibat perbuatan mereka.”
Saya tersenyum. Lucu. Kenyataan yang separa logik.
“Zina tidak berlaku tiba-tiba. Ia didahului oleh mukadimah-mukadimahnya,” balas saya.
“Itulah perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang boleh membawa zina. Zina itu adalah hasil daripada satu proses yang berlaku satu demi satu. Tingkat demi tingkat.”
“Saya tak faham. Cakap awak berbelit-belit!”
“Saya hanya menerangkan apa yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.” jawab saya pendek.
“Saya dan awak orang Islam. Islam tu cara hidup. Dan Nabi Muhammad adalah teladan ikutan kita bersama.”
“Baik-baik. Teruskan…”
“Zina itu ada mukadimahnya. Antaranya, pandangan mata, lidah yang berkata-kata, sentuhan tangan, deria bau melalui hidung dan akhir sekali barulah melibatkan kemaluan.”
“Ok. Apa maksud awak?”
“Zina dimulakan dengan pandangan. Pandangan mata sangat mempengaruhi hati. Bila pendedahan aurat berleluasa, remaja sukar menjaga mata. Bila ada yang mendedahkan, ramai pula yang melihatnya dan dari situ timbullah rangsangan…”
“Habis awak nak semua wanita tutup aurat? Mustahil!” balasnya.
“Itu dulu. Langit masih tertutup, sekarang langit sudah terbuka!”
“Bukan masalah langit, terbuka atau tidak. Tetapi yang lebih penting hati kita mesti terbuka untuk menerima panduan Islam kerana kita orang yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari akhirat.”
“Lagi-lagi akhirat. Sekarang kita bercakap soal dunia. Masalah dunia. Kita di sinilah, bukan di sana.”
“Tuan, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita hidup di dunia.”
“Fasal apa pula?”
“Sebab orang yang yakin kepada hari Akhirat akan mengatur hidupnya dengan keyakinan bahawa setiap perbuatannya akan diberi pembalasan oleh Allah di akhirat. Ada pahala, ada dosa. Ada syurga, ada neraka. Itulah kawalan dari dalam dirinya untuk tidak melakukan kejahatan sama ada di hadapan atau di belakang orang!”
“Zina sentuhan pula ialah pergaulan bebas. Bila dipandang, tergerak untuk disentuh. Islam menyekat pergaulan bebas lelaki wanita. Tidak boleh bergaul sesuka hati apatah lagi sampai ke peringkat berdua-duaan tanpa mahram.”
Belum sempat dia menyampuk saya menambah lagi, “tetapi pergaulan bebas inilah yang terus digalakkan, dipromosikan dan dijadikan budaya dalam masyarakat kita.”
“Awak nak sekat interaksi dan komunikasi antara wanita dan lelaki? Mustahil!”
“Bukan satu utopia kalau kita bermula. Di peringkat keluarga kita cuba didik, kawal anak-anak kita. Di sekolah peranan guru-guru pula. Di IPT tentulah orang semacam awak, para pensyarah. Dalam media massa cetak dan elektronik tentulah pihak berkuasa yang memainkan peranan.”:
“Habis awak ingat semua pihak dah tak berperanan?”
“Saya kasihan remaja masa kini. Mereka hidup di tengah peluang untuk melakukan zina yang begitu besar dan luas sekali. Jalan ke arah zina diperluas. Tetapi jalan ke arah pernikahan halal dipersempit dengan pelbagai syarat dan adat yang tidak relevan dan signifikan.”
“Dan untuk itu kita perlu membayarnya dengan mengorbankan maruah dan iman anak-anak remaja kita?”
“Sejak tadi saya bercakap macam mana kita nak atasi masalah buang bayi. Itu sahaja. Tetapi awak yang melencong bercakap tentang zina…”
“Tuan, jika saya salah kerana beremosi. Tuan juga salah kerana tidak beremosi. Sayang, cintakan umat, membenci kemungkaran adalah soal perasaan. Ini soal hati. Ini berkait dengan iman. Tidak ada iman bagi mereka yang melihat kemungkaran tanpa rasa benci!”
“Islam menyuruh kita membenci?”
“Benci kepada kemungkaran bukan kepada yang melakukannya! Pada yang melakukannya kita perlu berdakwah, memberi didikan, memberi alternatif, dengan penuh kasih sayang dan hikmah.”
“Betul kah iman kita kuat? Betul kah iman remaja kita kuat? Dan satu lagi, betulkah orang yang mempunyai iman yang kuat tidak perlukan kawalan dan peraturan? Sekuat-kuat iman pun masih perlukan syariat. Bahkan mematuhi syariat itulah bukti orang beriman.”
“Maksud saya, benarkah iman kita kuat? Mana program yang membina iman? Memang ada sedikit, tetapi ditenggelamkan oleh program hedonisme yang berlambak-lambak. Iman itu ada bajanya, ada racunnya. Kalau kita menabur racun manakan tumbuh pohonnya, apatah lagi buahnya? Bahkan benihnya yang sedia ada pun boleh mati.”
“Banyak sangat perlambangan!”
“Bukan. Itu bukan hanya sejarah. Sejarah itu adalah ibrah. Untuk dikaitkan dengan masa kini dan dijadikan teladan. Kita jangan gunakan akal semata-mata, tetapi gunakanlah akal dengan suluhan wahyu dan sunah.”
“Awak sindir saya?”
Tanpa memberi respons pada provokasinya saya meneruskan, “saya masih ingat dengan akal fikiranlah, dulu ada idea yang menyarankan kita agar tidak menutup pintu langit. Jangan sekat akses itu dalam Internet. Cukup dengan iman masing-masing untuk menapis pornografi. Tetapi sekarang ada idea yang menyarankan perlu disekat akses Internet yang berunsur pornografi. Masalah manusia moden bukan tak pandai… tetapi memandai-mandai.”
“Baguslah. Tetapi saya tidak berminat membuang sampah di hilir atau muara sungai sedangkan ada pihak yang terus membuang sampah di hulunya!”
“Apa maksud awak?”
“Betul, remaja hamil anak zina perlu dilindungi dan dididik. Tetapi remaja yang belum hamil dan belum dinodai lebih ramai lagi di luar sana. Ramai yang bakal menjadi mangsa jika sikap dan budaya ‘mukadimah’ zina terus disuburkan. Apa gunanya kalau kita hanya mengubat akibat, jika puncanya terus dibiarkan malah diperagakan? ”
“Itu soalan kemudian. Yang pertama atau utama, saya ingin menyoal awak. Awak setuju atau tidak semua mukadimah zina yang ada ini dicegah? Dalam Islam kaedah ini dinamakan ‘saddus zaraik’. Kempen tutup aurat, kempen anti pergaulan bebas dan kempen mengerjakan solat perlu diperhebat! Ini kempen ‘buka hati’ untuk hadapi langit terbuka!”
“Ei, ada kempen solat juga?”
“Wah, awak nak cakap tentang solat pula…”