DOA ISTIKHARAH

Ya Allah, 
Sesungguhnya aku memohon petunjuk 
kepadaMu dengan ilmuMu
Memohon ketetapan dengan kekuasaanMu
Dan memohon kurniaanMu yang sangat agung
Kerana sesungguhnya Engkau berkuasa 
Dan aku tidak berkuasa sama sekali
Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui 
Dan Engkau mengetahui segala hal yang ghaib

Ya Allah,
Jika engkau mengetahui bahawa
Urusan ini (sebutkan urusan tersebut) 
Lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku
Maka tetapkanlah bagiku dan mudahkanlah ia untukku
Kemuadia berikanlah berkah kepadaku dalam menjalankannya

Ya Allah,
Jika Enkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku 
Dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku
Maka jauhkanlah urusan itu dariku
Dan jauhkanlah aku daripadanya
Serta tetapkanlah yang baik itu bagiku
Di mana pun kebaikan itu berada
Kemudian jadikanlah aku orang yang redha
Dengan ketetapan tersebut

Ya Allah,
Hanya padaMu aku serahkan segala



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

:. e!NaRieNa .: said...

Doa istikharah ni diambil daripada tazkirah Dr Asri Zainal Abidin. Kupasan selanjutnya boleh ke youtube beliau..tq