SEPULUH KAEDAH MERAIH KEBAHAGIAAN

Seorang pakar psikologi berbangsa Amerika (Dr.Dicks) mengatakan " Kehidupan yang bahagia adalh seni keindahan yang memiliki 10 kaedah iaitu : 


1) Melakukan perkara yang anda sukai. Jika tidak pasti, isikan waktu-waktu terluang anda dengan hobi anda.

2) Mengambil berat kesihatan fizikal kerana ia adalah jiwa kebahagiaan samada dengan menjaga pemakanan,   
    melakukan senaman dan aktiviti riadah untuk menjaga kesihatan. Dan menjauhi tabiat buruk yang boleh 
    menjejaskan kesihatan.

3) Memiliki tujuan dalam hidup, kerana ia membuatkan anda sentiasa bersemangat.

4) Menjalani kehidupan dengan apa adanya, redha dengan segala ketentuan dan sentiasa berhati lapang.

5) Hayati waktu yang sedang dilalui. Jgn memikirkan perkara yg telah berlalu atau memikirkan kemungkinan 
    yang akan berlaku di masa yg akan datang. 

6) Sentiasa berfikir dalam menjalani sesuatu pekerjaan. Tidak sesekali menyalahkan orang lain di atas segala 
    musibah yang menimpa diri anda atau org sekeliling.

7) Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.

8) Biasakan diri dengan murah senyuman, berjiwa periang dan beramah mesra dengan orang di sekeliling dan 
    bergaul dengan orang yg optimis.

9) Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapat haruman kebahagiaan tersebut.

10) Menggunakan kesempatan yang ada untuk menggapai kebahagiaan yang diidamkan. 


-Dr. 'Aidh Bin  'Abdullah Al-Qarni-
"Jangan Bersedih" 
Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: