TERIMA KASIH RAKAN BLOGGER SEKALIAN..

Alhamdulillah........syukur dengan segala nikmat dan kurniaanNya..


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Pada petang yang sunguh mendamaikan ini, tiba-tiba terasa ingin menulis entry ni..Ini yang bermain di fikiran saya. Dengan kicauan burung yang berterbangan bebas di udara selepas hujan, suasana redup mendamaikan hati.

Terima kasih kepada rakan blogger dan sahabat-sahabat yang mengikuti penulisan saya yang tidak seberapa ini. Saya masih lagi dalam proses belajar. Alhamdulillah dengan semangat dan sokongan rakan-rakan menaikkan semangat saya untuk terus menulis dan berkongsi segala rasa di ruangan ini. 

Entri saya adalah bebas dan mengikut apa yang saya rasa saya ingin kongsikan mengikut situasi dan keadaan yang dialami semasa. Alhamdulillah, sedikit sebanyak boleh dikongsikan bersama. Segala karya dan penulisan adalah untuk peringatan diri saya sendiri dan juga untuk sahabat-sahabat di luar sana. 

" Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada dakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan "

- Hassan  Al-Basri -

Kata-kata Hassan Al-Basri di atas sangat bermakna dan ia juga adalah apa yang ingin saya katakan di sini. Tidak bermakna apa yang diposkan di entri ini adalah peribadi sebenar si penulis. Dan tidak bermakna dia adalah seorang yang sangat alim dan bagus. Segalanya adalah hasil pembacaan dan rasa ingin dikongsikan dan bersama-sama kita meghayati dan mengamalkan. 

Setiap saat dan waktu adalah sangat berharga dan jadikanlah ia detik-detik yang berfaedah untuk kehidupan kita menuju ke arah pusat yang SATU. Semoga kehidupan kita tidak disia-siakan dengan perkara yang merugikan.

 Allah telah berfirman dalam surah as-Syams yang bererti :-

" Telah diilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan. Beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya.."

Subhanallah....siapakah oyang termasuk dalam golongan yang beruntung, dan siapakah yang ingin berada di dalam kerugian. Ia terletak di tangan kita. Soalan berkaitan kelayakan ke syurga Firdaus Nya telah pon bocor. Adakah kita menggunakan sepenuhnya skema jawapan yang telah diberikan ini? 

Wallahu'alam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: