Warkah Buat Adam


ADAM..
Maha suci Allah yang mentakdirkan
Kaumku lebih ramai bilangannya dari kaum mu di akhir zaman
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya

ADAM..
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
Kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita
Kaum yang diberi amanah untuk mendidikku
Kaum yang diberi tanggunjawab untuk menjagaku
Memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu

ADAM..
Kau adalah imam dan aku adalah makmum mu
Aku adalah pengikut-pengikut mu
Kerana kau adalah ketua
Bimbing lah daku dalam menyelami kalimah Allah
Perdengarkan daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku
Tiuplah roh jihad ke dalam dada ku agar aku mnjadi mujahidah kekasih Allah

ADAM..
Kau adalah ketua kepada khalifah-khalifah
Khalifah-khalifah yang bakal ku lahirkan
Jadikanlah mereka mujahid dan mujahidah
Yang sentiasa merindui dan berjihad menjadi kekasih Allah 
Jadikanlah kami pengikut-pengikutmu ini
Kekasih Allah yang Maha Agung
Menuju syurga Mardhatillah...







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: