SIAPAKAH KEKASIH YANG TERCINTA ITU

Dengan nama Allah.......Peringatan kepada diriku dan sahabat2 sekalian.........


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda SAW...


Apakh kita telah melihat diri sendiri dan bertanya "Sejauh manakah aku mencintai Rasulullah SAW?" Apakah kita menyedari bahawa bukti cinta tersebut adalah dengan melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Baginda dan meninggalkan apa yang dilarangnya?

Perhatikan kembali perasaan kita dan cuba turuti arah cinta yang sebenar. Yang pertamanya ditujukan kepada Allah SWT dan kemudian kepada orang yang telah menyelamatkan kita dari kesesatan (Nabi SAW). Tanamlah dalam ingatan kita, bila kita menginginkan kedudukan yang tinggi di dalam syurga ;

- suatu hadis dari Rasulullah SAW : 

"Seseorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya"
 (Hadis Riwayat Al-Bukhari)




Di antara bukti atau yanda pertama yang menunjukkan seseorang itu sangat cinta kepada Baginda SAW adalah melakukan dan melaksanakan sunnahnya dengan baik.  Jadi bagaimana seseorang itu mengakui dan menganggap dirinya mencintai Rasulullah SAW sedangkan segala perintahnya ditinggalkan dan amalan sunnahnya tidak diendahkan tambahan lagi tidak pula mentaati petunjuk yang dibawanya. 


Ketika singgah di kedai-kedai buku, cari lah buku berkaitan Baginda. Bacalah dan hayati lah peribadinya, cara hidup dan tatasusilanya. Kenali keluarganya, dan sahabat2nya. InsyaAllah, rasa kagum dan bangga akn mula terbit dihati sanubari kita. Dan tanpa kita sedari, rasa cinta itu akan mula terbit dari hati yang paling dalam. 


Bukan kah kalau kita meminati seseorang atau cinta pada seseorang, kita akan mula mencari segala hal berkenaan dirinya? Kita akn selidiki kehidupan sehariannya, apa yang dia suka dan tak suka? Selalu merinduinya? 


Jadi, ayuhlah para sahabat, kita cuba arahkan cinta sebenar dan suci ini ke arah Baginda, insan yang benar-benar layak untuk dicintai dan pada masa yang sama kita akan mendapat kebaikkan dan syafaat darinya. Bukankah itu tujuan sebenar kehidupan kita sebagai umatnya dan hambaNya.? Ini adalah perintah dari yang Maha Agung. 


Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW...


~~  menuju ke arah MARDHATILLAH  ~~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS